kodJe;
LEGAL

Terms & Conditions

Last updated: 11 August 2026

Terma & Syarat ini menerangkan syarat penggunaan laman web kodJe serta perkhidmatan pembangunan website yang disediakan oleh kami. Dengan menggunakan laman web ini atau mendapatkan perkhidmatan daripada kodJe, anda dianggap telah bersetuju dengan Terma & Syarat yang dinyatakan di bawah.

1. Perkhidmatan Kami

kodJe menyediakan perkhidmatan pembangunan website termasuk website profil bisnes, website statik dan aplikasi web custom. Skop kerja, fungsi dan hasil akhir setiap projek akan dipersetujui bersama client sebelum projek dimulakan, biasanya melalui proposal atau quotation.

2. Tempoh Projek & Penghantaran

Anggaran tempoh siap akan dimaklumkan sebelum projek bermula. Tempoh tersebut mungkin berubah sekiranya client lambat memberikan kandungan, maklumat, feedback atau kelulusan yang diperlukan. kodJe akan memaklumkan kepada client sekiranya terdapat perubahan yang boleh menjejaskan tarikh siap projek.

3. Bayaran

Melainkan dipersetujui sebaliknya, setiap projek memerlukan bayaran deposit sebelum kerja dimulakan. Baki bayaran perlu dijelaskan selepas projek siap atau mengikut milestone yang telah dipersetujui.

Sebarang kerja yang masih dalam proses serta hasil akhir projek tidak akan diserahkan sepenuhnya sehingga semua bayaran tertunggak dijelaskan.

Bayaran perlu dijelaskan sebelum atau pada tarikh akhir yang dinyatakan dalam invois. Sekiranya bayaran lewat melebihi 7 hari:

  • Kerja projek akan ditangguhkan sehingga bayaran diterima, dan tempoh siap projek akan dilanjutkan mengikut tempoh penangguhan tersebut.
  • Caj lewat bayar sebanyak 1.5% sebulan boleh dikenakan ke atas jumlah yang belum dibayar.

4. Revisi & Permintaan Perubahan

Setiap projek mempunyai jumlah revisi yang munasabah seperti yang dinyatakan dalam proposal atau quotation.

Sebarang permintaan yang berada di luar skop asal projek, termasuk penambahan fungsi atau revisi melebihi jumlah yang dipersetujui, boleh dianggap sebagai change request dan mungkin dikenakan caj tambahan.

Bagi pakej tanpa admin panel (Basic), perubahan kandungan selepas website dilancarkan dibuat oleh kodJe dan dicaj mengikut jam, atau termasuk dalam pelan penyelenggaraan tahunan.

5. Hak Milik & Harta Intelek

Selepas bayaran penuh diterima, hak milik terhadap hasil akhir yang dibangunkan khusus untuk client, termasuk design dan code, akan dipindahkan kepada client.

Walau bagaimanapun, kodJe berhak untuk memaparkan projek yang telah siap dalam portfolio, case study atau bahan pemasaran kami, kecuali client meminta sebaliknya secara bertulis.

Tools, framework, plugin, library dan aset pihak ketiga yang digunakan dalam projek masih tertakluk kepada lesen dan terma masing-masing.

6. Kos Pihak Ketiga

Kos seperti domain, hosting, plugin berbayar, API atau perkhidmatan pihak ketiga tidak termasuk dalam caj pembangunan kodJe kecuali dinyatakan sebaliknya dalam quotation.

Kos langganan atau pembaharuan yang berulang adalah tanggungjawab client, sama ada diuruskan sendiri oleh client atau melalui kodJe.

7. Pembatalan & Bayaran Balik

Deposit yang telah dibayar untuk mengesahkan tempahan slot projek dan memulakan kerja adalah tidak boleh dikembalikan (non-refundable) .

Sekiranya projek dibatalkan selepas kerja dimulakan, client akan dikenakan bayaran berdasarkan kerja yang telah disiapkan sehingga tarikh pembatalan.

Sekiranya terdapat baki selepas ditolak deposit dan bayaran untuk kerja yang telah dilakukan, baki tersebut akan dipulangkan kepada client atau client akan dimaklumkan sekiranya terdapat jumlah tambahan yang perlu dijelaskan.

8. Tanggungjawab Client

Client bertanggungjawab untuk menyediakan kandungan, gambar, logo, maklumat, akses akaun dan maklumat lain yang diperlukan untuk menyiapkan projek.

Client juga bertanggungjawab memberikan feedback dan kelulusan dalam tempoh yang munasabah. Sebarang kelewatan disebabkan oleh maklumat yang tidak lengkap atau feedback yang lambat boleh menyebabkan tarikh siap projek berubah dan bukan menjadi tanggungjawab kodJe.

9. Had Tanggungjawab

kodJe akan berusaha untuk menghasilkan kerja yang berkualiti, stabil dan telah diuji sebelum diserahkan kepada client.

Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin bahawa website atau aplikasi akan sentiasa bebas daripada gangguan atau error.

kodJe tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian tidak langsung, gangguan operasi bisnes atau masalah yang berpunca daripada perkhidmatan pihak ketiga seperti hosting, domain, API atau penggunaan produk yang tidak mengikut cara yang sepatutnya.

10. Kerahsiaan

Sebarang maklumat bisnes atau maklumat sulit yang diberikan kepada kodJe sepanjang projek akan dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan menyiapkan kerja yang telah dipersetujui.

Maklumat tersebut tidak akan digunakan untuk tujuan lain tanpa kebenaran client, kecuali perkara yang telah dipersetujui seperti penggunaan projek dalam portfolio.

11. Perubahan Terma & Syarat

kodJe berhak untuk mengemaskini Terma & Syarat ini dari semasa ke semasa bagi mencerminkan perubahan pada perkhidmatan atau operasi kami.

Versi terkini akan dipaparkan di halaman ini bersama tarikh "Kemaskini Terakhir" .

12. Undang-Undang Yang Terpakai

Terma & Syarat ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Sebarang pertikaian yang timbul berkaitan Terma & Syarat atau perkhidmatan kodJe adalah tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah di Malaysia.

13. Hubungi Kami

Ada soalan tentang Terma & Syarat ini atau perkhidmatan kodJe? Boleh hubungi kami melalui borang Contact page di website atau terus mesej kami melalui WhatsApp.

👋 Let's Talk